Antara Blogging dan Tweeting, Yang Mana Korang Pilih

by Ax on March 7, 2010

Lama seyh tak update blog ini. seminggu sekali je update. Sebulan je lagi, lepas tu confirm blog ni update setiap hari atau pun paling kurang 5 kali update seminggu. sebabnya lagi sebulan tamat lah intern een.

Korang dah baca belum entri-entri sebelum ni? Kalau belum, ada baiknya korang baca dulu kerana 2-3 entri sebelum ni adalah entri uang berilmiah. Sesuai untuk korang yang nak tau tentang Twitter, senang cerita entri untuk starter’s guide. Thanks to Izzat yang sudi menyumbang artikel semasa een busy.

Untuk tajuk kali ni, ‘antara blogging dan tweeting, yang mana korang pilih?’ Bagi een, seperti yang telah tertulis diruang atas sebelah kiri, blogging dan tweeting memang tak dapat dipisahkan.

Tak semua yang kita boleh tulis dalam blog dan tak semua yang kita mampu tulis dalam blog. Korang paham tak? Dua benda yang berbeza tu.

Ye la dalam blogging kita mesti consider readers blog. Kalau korang asyik cerita, pukul 8 korang bangun, 830 korang mandi pastu makan, pastu berak pastu kencing, siapa nak baca? Visitors blog pun meluat kalau macam tu. Korang kena ingat yang korang tu bukan artis dan tak de siapa pun nak ambil tau hal seharian korang.

Pembaca sekarang sudah bijak,dorang nak baca benda yang dapat bagi sesuatu kepada dorang contohnya tutorial. Tak buat entri tutorial pun boleh asalkan cara korang menulis di dalam blog dapat menarik perhatian pembaca. At least ada value.

Korang mungkin akan cakap “ini blog personal aku punya pasal la aku nak tulis apa”. Ye betul tu blog korang tapi kalau korang dah tulis macam tu, yang korang sibuk-sibuk nak promote suruh orang baca buat apa. Dah la entri macam ntah pa2. Pastu siap soh komen lagi. Macam mana la pembaca nak komen kalau entri hari-hari sama je. 8am bangun tido 11pm tido balik tu je entri korang tiap-tiap hari. Kalau een pun een blank nak komen apa dan een sendiri tak rasa ada sedikit pun value pada entri korang.

So dekat sini la microblogging memainkan peranan penting. Kalau korang nak tau microblogging tu apa korang pergi je guna twitter. Twitter tu salah satu micorblogging service. Kalau korang ada twitter boleh la korang lepas gian, sangap korang untuk update lifestyle korang kat situ.

korang nak update pasl korang tengah merompak ke apa ke semua boleh. Seronok tak terkata. Tak percaya cuba tanya tweetaholics sekalian. So korang dapat kurang kan update yang tak sepatutnya di blog korang which means korang asingkan antara benda berfaedah dan yang tak berfaedah di blog dan Twitter.

Sebab tu blogging dan tweeting tak dapat dipisahkan bagi para tweetaholics. ;)

{ 2 comments… read them below or add one }

kertaz March 8, 2010 at 2:40 pm

Aku sokong.. Ahahaha.. Brapa bulan lepas ntah aku penah kena maki ngan seorang pompuan.. Aku just pusing2 dkt blog mmber aku then terjumpa blog dia.. So aku try la masuk.. Sidebar blog dia jer penuh ngan gambar dia.. =.=’
Then post story pasal hal harian dia.. Makan apa la.. Pegi mana la.. Kalau skali dua x per la kot.. Ini sampai semua post itu jer yg dia tulis.. So aku just drop pendapat aku dekat shoutbox dia..
Aku ckp ayat baik jer.. X der kutuk mahupun mengata pun.. Yg aku dpt cuma 1 makian dlm 1 post dia.. Damn.. Nasib baik aku tak ingat url blog pompuan tu.. ~.~’

Reply

apiih March 11, 2010 at 11:51 pm

aku lebih prefer dan lebih suka guna twitter,sbb twitter taip pendek2 jerk,blog kne taip pnjg2..penat..haha T___T .lagipon,reader aku byk kat twitter berbanding d blog..hahaha

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: