Dah 2 minggu tweetaholic’s blog di wujudkan. Minggu pertama konsisten dengan new update. Masuk minggu ke-2 satu entri pun belum ada lagi. Jom tengok schedule een tiap-tiap hari till this April.
6.30am-6.00pm
Ni waktu een berada di kilang. Ye een hanya seorang pekerja kilang. Kenapa 630am? Jarak antara kilang dengan rumah een agak jauh. Mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai. Sebelum ni menumpang di rumah saudara yang lebih dekat dengan tempat kerja tapi disebabkan gagal mendapatkan internet connection een mengambil keputusan untuk stay kat rumah parents.
630pm till late (12am-1am)
Ni masa untuk een menguruskan hal-hal blog, freelance job and whatever yang ada kaitan dengan internet. Bayangkan dengan mempunyai hampir 10 blog niche ditambah dengan freelance job(copywriting, translation, theme mode) masa yang terhad pada waktu malam terpaksa diuruskan sebaik-baiknya. Mostly gagal diuruskan sebab terbabas. Layan tweet dan facebook, jawab soalan-soalan orang, penuhi interview offer. So bila dah gagal yang jadi mangsa mesti la blog.
Cukup pasal intro.
Sekarang een nak berkongsi tentang Google Buzz. Google buzz nak jadi persaing tweetahlic blog ke? Menarik kan? Walaupun blog ni baru berusia 2 minggu tapi Google dah menggelabah.
Ok..yang atas tu rekaan saja. Sebenarnya Google Buzz nak jadi competitor kepada Twitter dan Facebook. Bukan tweeatholic blog. Owner tweetaholic pun tak ingin nak lawan dengan Google yag dah sah kekuatannya melebihi segala-galanya. Sekali Google slap tweetaholic parah terus.
Google Buzz dikatakan bakal menjadi pencabar utama kepada Twitter dan Facebook. Google ni memang tak boleh tengok orang lain lebih dari dorang. Kenapa dia bakal jadi pesaing kepada Twitter dan Facebook? Sudah terang lagi bersuluh. Korang dah tengok Google Buzz ni ke belum? Google Buzz membolehkan korang update status korang, share link, share photo terus menerus melalui Gmail. Kan sama function Google Buzz ni dengan Twitter dan Facebook.
Google Buzz juga sesuai untuk mobile gadjet yang menggunakan Android OS. Google juga dalam perancangan nak buat satu aplikasi yang membolehkan Google Buzz digunakan kat Symbian OS dan Windows Mobile OS.
Apa yang een nampak, Google Buzz target untuk pengguna Twitter dan Facebook sebab features Buzz sama dengan Twitter & Facebook. Buzz target pengguna Twitter da Facebook untuk menggunakan perkhidmatan Gmail. So lagi banyak pengguna Twitter dan Facebook yang Buzz dapat tarik, lagi ramai la yang bakal menggunakan Gmail. Gmail merupakan 3rd free email popular services after Windows Live Hotmail dan Yahoo Mail. Korang nampak tak bertapa cerdik pandai staff-staff Google ni create Google Buzz untuk mempopularkan Gmail.
Satu lagi yang best pasal Google Buzz ni ialah, bila korang update status, status korang akan di index oleh Google real time search engine. Terbaik untuk kaki-kaki spammer dalam twitter!
Sebelum ni pun Google pernah create ORKUT untuk tujuan Social Networking tapi senang-senang je dikalahkan oleh Facebook. So dorang harap Buzz dapat mengalahkan Facebook. Boleh ke?
PS: Korang dah cuba ke Google Buzz? Kalau dah kongsi la disini. een dah cuba semalam tapi kurang memuaskan. Twitter masih terbaik! Sapa yang nak buat Google-Buzzaholic.com blog sila-sila la beli domain. Hehehehehe…

{ 7 comments… read them below or add one }
aku pn rasa google buzz kurang memuaskn.. twitter tetap the best..
aah da try google buzz. bosan je. da la xde member nk bersembang.
haha.
baru tengok video dia je. macam tak menarik[sebab tgk tak habes
]
entah la..terase mcm lebih melahirkan spam yg lebih ramai jer..kui3..masing2 ade kelebihan tersendiri..fb lebih menarik..google wave entah ke mane dah skg..
dah try tu la rase tak best jugak..huhu
belum penah dftar buzz ni,nk try dftr tgk cmne nti,huhu,tp rase2nye twitter tetap the best ah.haha
Apa nak daftar lagi..Kalau dah ada akaun Gmail dah boleh guna dah BUzz ni..
sebelum ni google wave, sekarang buzz.. hrm… google akan tetap mencuba untuk menjadi player web 2.0