14 Feb dah berlalu. Bagi korang yang sambut hari Valentine’s een ucapkan syabas kerana anda seorang daripada orang kafir. Korang tak tau malu ke ape? Tau tak korang yang 14 Feb tu hari dimana kerajaan Christian yang dketuai paderi, Valentine menewaskan kerajaan Islam. So if korang sambut valentine bermakna korang juga menyambut hari kekalahan orang Islam. Baghal betul korang ni. Buta sejarah.
nak berkasih sayang pun pergi la kahwin dulu. Korang tu dah la solat 5 waktu pun tak cukup lagi ni nak tambah dosa lain pula. Duit belanja pun mak bapak tanggung lagi, ada hati nak belanja awek tido hotel. tido hotel satu hal, kena tangkap korang menyusahkan mak bapak korang lagi sebab kena jamin korang. So lu pikirla sendiri (bak kata nabil)..
Cukup berleter..jom nak ajak korang berdating dengan follower korang. Sapa yang tak tau follower tu ape pergi register dekat twitter then nanti korang tau la apa kebenda tu. Memandangkan ni blog twitter so semua post berkaitan twitter ok.
eh baru kejap tadi berleter tak bagi berkasih sayang, ni soh ajak dating pulak…mesti korang tertanya-tanya kan ni post pasa; apa. Relax..baca dulu sampai habis. Ni bukan la post merapu sebab een buatkan blog ni untuk berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk korang.
Een tau ramai yang berblog tapi masih gagal mempopularkan blog masing-masing. Bermacam-macam cara yang korang dah cuba buat untuk tarik trafik. Tapi korang terlupa satu benda yang menjadi x-factor untuk blog korang.
X-factor yang een maksudkan ialah “sense of blogging, appreciation, and loyalty”. dalam bahasa melayunya, naluri blogging, penghargaan dan kesetiaan. Sedar tak sedar, bila korang blogging korang dah pun belajar pasal marketing(pemasaran) dan korang dah pun terjebak dengan keusahawanan. This is a life. You can’t avoid it.
“aku diterima ke dalam dunia blogging”
“ok ke penulisan aku”
“ada ke orang nak baca blog aku”
Ayat-ayat kat atas tu een sure 100% berlaku pada mereka yang baru nak bermula menjebakkan diri dalam dunia blogging. Korang mengharapkan yang korang diterima sebahagian daripada komuniti blog. Korang akan rasa semua ni, bila ada blogger lain yang memberi support dan penghargaan kepada korang. The same thing happen in business, relationship between consumer and business owner.
Sekarang ni cuba korang lihat jenama-jenama besar dipasaran. Tak kisah la, jenama pemakanan ke, pakaian ke atau apa-apa je la. How they build a relationship between their business and consumer. een ambil contoh McD. Een sure sesangat yang kita semua ni suka makan kat McD kan. Tipu la kalau korang cakap korang tak penah makan. Tambah-tambah yang student, boleh dikatakan tiap-tiap hari nak pegi Mcvalue lunch especially girls la. Lelaki selalu makan gerai tepi jalan je. Girls nak jaga standard..betul tak? jangan marah ye..
Sekarang ni tanya diri korang kenapa korang suka Mcd meal, kenapa orang suka tampal sticker McD VIP (sampai ada yang sanggup curi sticker tu sebab terlalu kool o sticker tu..) Yang pastinya, McD tak pernah paksa korang pegi restoran dorang or tampal sticker tu..Kita suka makan meal dekat McD sebab kita suka! No answer than that.
Pelik, mesti ada strategi yang digunakan oleh McD supaya dapat mempengaruhi ramai pengguna. Strategi yang digunakan ialah dorang bina hubungan dengan pelanggan dorang(building a strong relationship) melalui customer services, reward programs(coupon and so whatever) dan communication.
So apa kaitannya dengan blogging? Korang berblog biar ada ada identiti sendiri. Bila orang mention identiti korang tu, orang dah boleh tau ko sapa. Kita ada tools untuk tolong promotekan blog kita seperti tapi twitter dan facebook. TAPI, janganla guna tools tu semata-mata nak promote blog korang. Korang tak boleh just create profile lepas tu status korang penuh dengan update link ke blog korang. Sapa nak jenguk blog korang sedangkan dorang pun tak kenal ko sapa.
Begitu juga dengan facebook. Ramai sekarang ni dah buat fan page untuk mengumpul fan. Tapi cukup ke dengan hanya ada fan page tapi korang langsung tak pernah masuk fan page korang dan communicate dengan fan korang? Tak cukup babe!
Tak kira la social network apa pun, korang kena communicate untuk jalinkan hubungan korang dengan komuniti. Dari sini la wujudnya penghargaan dan kesetiaan. Sebab tu tajuk post ni mengajak korang berdating dengan follower korang.
Kat sini een nak stress kan penggunaan twitter. Korang guna lah twitter untuk create new relationship, engage with your followers and reward them. Reward kat sini tak semestinya memberi hadiah tapi make sure korang share sesuatu yang bermanfaat dengan dorang. Ingat satu je, kita bukan nak menjual tapi kita bergaul dengan komuniti. Share the love with your followers.
Bagi yang tak guna twitter tu, korang juga boleh aplikasi kan dekat mana-mana social network even flickr pun boleh. Tak percaya cubalah. Jangan jadi katak dibawah tempurung. Jangan mengharap sesuatu sebelum korang memberi.


{ 12 comments… read them below or add one }
opening entri yg dasyat..hahaha..
nice entri..aku pon kenal member2 blog melalui twitter dan melalui twitter lah aku start berblogging dengan pertolongan dari kawan-kawan twitter nih..huhu..dlu kat blog xde org masuk pon,trafik pon sikit,tp pas pomot2 lam FB,twitter…alhmdulillah ade ler skit org masuk..huhu..
twitter the best communication in IT lah..huhu
Kalau korang perasan, blog melayu lebih mudah dapat traffik berbanding blog english..
good article! 2 ibu jari kasi naik atas..
dating yg dimaksudkan ni dating dengan follower berlainan jantina ke atau berjantina yang sama? erk.. keh3
Dua-dua pun boleh bro..:D asalkan tak melampaui batas
pernah anta surat kat mcd tanya penjelasan sama ada dia sponsor tak kat palestine tu
dieorg ckp mcd malaysia bersih
hurm
entah
owh, yang tu hak dorang la..kalau nak diikutkan, byk barang keperluan dtg dr yahudi seperti produk nestle. Kita di Malaysia no choice kalau nak boikot semua produk dorang. Sebab tu barang2 keperlluan harian..
idea yang bernas dan bijak..
akan cuba di praktikkan..
nice info!!
Sama-sama bro. Semoga dimanfaatkan..
Nice! Good entry. sangat berguna untuk semua terutama yg masih mencari2 resipi mcm mana nak berjaya promote blog atau apa saja di social media. semoga mereka yg syok sendiri tu akan sedar
Memang ramai yang syok sendiri. Blog zaman sekarang bukan lagi sebagai sebuah diari tapi lebih kepada medium komunikasi dan info. So sumbang la sesuatu yang berguna.
memang lain bahasa ko bila kat blog personal nih. blog lain pun tak macam nih. haha..apapun, bab follower ni, memang susah kita nak layan semua. setakat yg kita mampu ajela.. kita masih ada kehidupan lain juga yg perlu diperhatikan..
macam-macam versi ada..mana ko jumpa blog ni?