tweetaholic vs rahsia twitter

by Ax on February 1, 2010

pergh! baru kemarin dulu buat battle pasal innity vs nuffnang, hari ni nak buat battle pasal apa pula. Hari ni tak ada battle apa-apa pun just nak kongsi satu info yang bagi een cukup menarik untuk dikongsi memandang ni adalah blog berniche kan twitter melayu pertama.

balik dari kerja tadi macam biasa la check email. een ada banyak akaun email (id sendiri) gmail ada 1 yahoo ada 1. Memang setiap hari sebelum memulakan aktiviti online een akan cek semua email dulu. Mana la tau ada email-email yang penting ke.

een ada dapat 1 email dari seorang IM..pergh! dia punya ayat power beb. tu baru dalam email. Yang buatkan een tertarik nak tau dia bercakap tentang twitter. So een klik la link dalam tu. Kalau korang nak tau si IM tu keluarkan produk dia sendiri berkaitan pemasaran twitter yang mana een percaya bukan la dari idea sendiri. walaupun dia dah claim yang idea pemasaran twitter tu dia sendiri yang buat.

Sebab een cakap bukan dari idea dia sendiri ialah een penah lihat cover ebook tersebut sebiji macam ebook antarabangsa. Less or more een boleh simpulkan yang dia menggunakan produk PLR ataupun translate je ayat-ayat English ke Bahasa Melayu.

Nak tau lagi apa yang dia claim?

dia cakap dia mempunyai followers hampir 10ok hanya dalam masa sebulan. Memang hebat la. John Chow punya followers pun tak sampai 50k! (kencing beb!)

yang hairan nya tak pula dia bagi link akaun twitter tu. Ni kes nak jerat newbies beli ebook la ni. so BEWARE!

tweetaholic blog vs ebook rahsia twitter

korang agak sapa menang? bg een sendiri la mesti la een pertahankan tweetaholic atas beberapa sebab…

info yang bakal een kongsikan dengan korang sama je dengan ebook tu malah lebih banyak yang een akan kongsikan dan lebih da’ bomb!.

shhh..twitter tak ada rahsia semua orang tau guna twitter sekiranya korang rajin explore

een tak kena kan sebarang fee pun untuk korang dapatkan maklumat pasal twitter malah een sendiri terpaksa keluarkan modal – duit, tenaga dan idea untuk set up blog ni.

tweetaholic bukan nak berkongsi tips-tips mencari duit melalui medium twitter tapi lebih daripada tu..korang nak apa? politik? entertainment? macam-macam ada..Just wait and see..

Last but not least..

Een bukan la nak pandang rendah pada IM tapi IM ni selalu ambil kesempatan atas kelemahan orang kita yang malas mencari @ explore sendiri. IM ni selalu claim income 6 angka. Tapi dorang sedar tak dorang mendapat 6 angka sebulan hanya menjual barang. YUP DORANG HANYA MENJUAL tapi dorang tak tahu pun apa yang dorang jual. Sebab tu pembeli ebook selalu complain “SUPPORT HAMPEH”.

“macam mana tak hampeh dorang pun tak tahu nak bagi support apa. hanya tinggal janji-janji manis di surat jualan

Tapi tak semua, ramai lagi IM yang berkaliber..

Sebelum een akhiri artikel kali ni, een just nak dapatkan pendapat korang..perlu ke een buat post series untuk mereka yang nak mengenali twitter?

tweeples sekalian boleh tanyakan kepada readers korang…

{ 10 comments… read them below or add one }

loq February 1, 2010 at 11:01 pm

Dalam PC aku rasanya2 aku ada ebook ni.Download dari siapa tak sure.Nanti aku kongsikan.

Reply

lizz February 1, 2010 at 11:35 pm

ish, nak edarkan boleh tapi takyah ar nak clain hak sendiri. tak beretika je rase :)

Reply

apiih February 2, 2010 at 1:00 pm

adakah twitter adalah untuk pemasaran??huhuhu..i juz pomot blog jer..hihihi

Reply

Mr. Kamikaze February 2, 2010 at 10:32 pm

Gua rasa perlu kot..

Reply

Roslan Nazri February 9, 2010 at 6:48 pm

seriusly twitter byk sgt scam dari spam..huhu..spam aku tak kisah sgt..sbb rmi aku follow so bende tu akan dibawa arus twitter..kui3 (ayat nak pelik2)

em revealkan jer utk download..kalo la tuan badan tu kasi id twitter dia ok gak aku nk spam dia bertubi2..huhu

Reply

zuls February 10, 2010 at 9:02 pm

hehe.. rahsia pemasaran twitter? kalau ada nak juga baca , beli? tentu tidak..

tak sangka ada blog pasa twitter macam ni.. eh jemput gak lah ke blog saya, ada cerita pasal twitter juga :)

Reply

titan February 20, 2010 at 1:00 am

hehe. bab-bab kesempatan. semua im dan blogger biasanya bijak mengambil kesempatan dan memanipulasi. Cuma kita sedar atau tak sedar. Tapi setiap apa yang mereka buat ada tujuan tersendiri. Susah kita nak tahu tujuan diorang tu macam-mana kan?

Reply

Een February 21, 2010 at 10:53 pm

Masing-masing punya niat. Aku pun tak da la perfect sangat..kadang-kadang tu ada juga terfikir nak translate ebook english then jual. Ye la sapa tak nak fast money kan. Lagipun orang melayu ni suka benda yang memudahkan urusan dorang. Malas nak search untuk maklumat la katakan.

Reply

Elisha February 24, 2010 at 11:35 am

I’ve abandoned my twitter for quite a long time already. Well, I think now is the time for me to revive it back again. =)

Reply

Een February 24, 2010 at 7:01 pm

yeah it’s time to start over again

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: